Monday, April 26, 2010

isu pengangguran di MALAYSIA..

Assalamualaikum.. isu pengangguran di negara kita adalah tinggi pada masa sekarang.. bukan kerana tiada peluang pekerjaan.. tetapi kerana sikap memilih pekerjaan yang menebal dikalangan lepasan mahasiswa dan mahasiswi kita.. selain itu juga.. kes-kes pengangguran yang semakin meningkat di negara kita juga disebabkan kegagalan mahasiswa-mahasiswi kita untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari di IPT2 dimana mereka menamatkan pengajian.. faktor minat juga menjadi penyebab peningkatan kes pengangguran di negara kita.. matapelajaran yang diambil mereka di IPT2 kadangkala bukan dari minat pelajar itu sendiri.. tetapi mungkin disebabkan pilihan atau desakan keluarga..

sekiranya kita menyatakan bahawa tiada peluang pekerjaan di negara kita.. ini bermakna bahawa kita adalah SALAH!! cuba fikirkan.. sekiranya tiada peluang pekerjaan di negara kita.. mengapa masih terdapat isu kebanjiran pekerja2 asing di negara kita..? mengapa kebanyakkan majikan lebih suka mengambil pekerja2 asing daripada pekerja tempatan? ini adalah kerana kemampuan pekerja2 asing membuat kerja walaupun dengan bayaran yang murah.. sikap demand gaji yang tinggi dan tidak mampu membuat kerja dengan cekap di kalangan pekerja tempatan menjadi punca mengapa para majikan lebih suka mengambil pekerja asing untuk bekerja dengan mereka..

seharusnya kita tidak perlu menjadikan kelulusan yang dimiliki sebagai modal untuk memilih pekerjaan.. tetapi cuba aplikasikan pengetahuan dari kelulusan yang dimiliki dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.. dengan itu.. faktor pengangguran dapat dikurangkan..

selain itu juga.. sikap utk mencari kerja mudah juga perlu dibuang.. jangan kita menganggap kelulusan diploma, ijazah dan sebagainya membolehkan kita untuk bekerja hanya di dalam bilik berhawa dingin sahaja.. cuba ubah mind-set kita.. tetapkan dalam minda kita untuk menerima apa sahaja pekerjaan yang ditawarkan walaupun kita memiliki kelulusan yang bagus.. sebagai contoh.. di tempat dimana saya tinggal.. terdapat sepasang suami isteri yang bekerja sebagai penjual burger di tepi jalan.. apabila ditanya dan diselidik.. rupa-rupanya pasangan suami isteri itu masing-masing memiliki ijazah sarjana muda dari UUM..

selain itu juga.. penguasaan dari segi kemahiran juga penting kerana kemahiran menjalankan kerja menjadi salah satu aspek yang dilihat para majikan sebelum mengambil seseorang untuk bekerja dengan mereka.. selain itu, memiliki kemahiran juga dapat membantu kita apabila di tahap betul2 tidak memiliki pekerjaan.. kita boleh menggunakan kemahiran yang dimiliki untuk membuat pekerjaan sendiri(self-worker).. sebagai contoh.. sekiranya seseorang itu memiliki kemahiran dalam bidang masakan.. dia boleh menggunakan kemahirannya itu untuk memulakan perniagaan dalam bidang makanan.. kalau bukan membuka restoran.. sekurang-kurangnya dapat menjual nasi lemak atau kuih-muih di tepi-tepi jalan..

oleh itu.. buanglah sikap untuk terus memilih pekerjaan dan menganggap kelulusan yang dimiliki hanya untuk sesuatu pekerjaan sahaja.. sikap untuk terus bekerja dengan orang juga perlu dibuang..:--

No comments:

Post a Comment