Friday, February 4, 2011

lamanya x update...

salam suma.. lmanya ek xupdate blog ney.. huhu!!

ok xpa..

stu ja nk bgtau cni... klu rsa2 nak bli antivirus.. click ja kat.

http://www.komputeryou2.blogspot.com

ok...

Saturday, July 24, 2010

semoga menjadi renungan...

Salam semua..

SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan Highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.



"abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum.



Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.



"tak apalah dik.. abang da pesan makanan," jawab saya ringkas.



Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian, saya Nampak kanan-kanak tadi menghampiri pelanggan l ain . Sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak. Dia berlalu begitu saja.



"abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.



"abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni." Kata saya sambil menepuk-nepuk perut.



Dia beredar tapi setakat di kaki lima . Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya,



"tak nak beli kuih saya bang, pakcik, kakak atau makcik?"



Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati. Terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak Nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.



Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar berkereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi sudah berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.



"abang da kenyang, tapi abang mungkin perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang," katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamirkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.



Saya tenung wajahnya, bersihdan bersahaja. Terpantul perasaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping not merah. RM10. Saya hulurkan pasanya.



Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak/ kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.



Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta ke dua-dua matanya.



Saya terkejut lantas memberhentikan semula kereta memanggil kanak-kanak itu.



"Kenapa bang, nak beli kuih ke?" tanyanya.



"kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.



"bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tau saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang tak berupaya. Saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.



Saya sebak. Sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu



"abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya Cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.



RM25 saja bang"



Selepas itu dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastic, saya hulrkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.



Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur , baru saya terfikir untuk bertanya statusnya, Anak yatimkah. Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya. Terus terang saya katakana, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagun dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.



Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!



hasil tulisan :- mp3...
dipetik dripada :- http://www.jiwang.org

Friday, July 23, 2010

my new netbook..

elloo.. netbook streamyx aku dah smpai.. nk cita cket ar.. netbook 2 smpai gan win 7 ori dowh.. tp starter edition ar.. dsbabkan aku dah plan nk gna netbook 2 utk test gna linux distro.. akhirnya aku menginstall ubuntu 10.04 ke dlam netbook 2.. hahhaha... mmg rugi ar krajaan bli win 7 2.. huhu.. mmg besh ar gna ubuntu... lain dri yg biasa.. n pda kli prtma aku gna ubuntu.. klu korang nk tau... dlam smggu ja 8 kli aku format sbb mengamalkan sikap trial and error.. huhu.. alhamdulillah.. dgan bantuan dri forum.jomlinux.com dan jga tenet.. aku dpat menguasai sedikit ilmu ubuntu.. pas ney.. pc kesayangan aku ney plak akn jdi platform utk ubuntu desktop testing.. hihihi...

Tuesday, June 1, 2010

agenda reunion KE 07/08

assalamualaikum...

agenda reunion KE 07/08 pada 17.6.10..

17.6.2010
- semua brkumpul kat jeti langkawi sblom jam 5 petang.

18.6.2010

- siang - persediaan majlis makan malam bersama jemputan dan peserta..
- malam - majlis makan malam..

19.6.2010
- bersurai..


*sebarang perubahan akan diberitahu kemudian..

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU..

assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh..

pertama sekali saya ingin ucapkan selamt hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia amnya. selamat hari guru juga saya ucapkan kepada guru-guru saya di 5 buah sekolah dimana saya mula memasuki alam persekolahan hingga ke peringkat sekarang..

sekolah-sekolah yang pernah saya duduki..

1. Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong, Pulau Pinang. (1998-2000)
2. Sekolah Kebangsaan Seri Muda, Kedah. (2000)
3. Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera, Kedah. (2000-2003)
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, Kedah. (2004-2007)
5. Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah. (2007-2008)

tiada apa yang dapat saya katakan melainkan ucapan terima kasih atas segala ilmu, jasa dan pengorbanan yang telah cikgu-cikgu berikan kepada saya.

JUTAAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN DAN

!!SELAMAT HARI GURU!!



guru oh guru,
engkaulah permulaan kami mengenali ilmu,
penat lelah mu tidak terkira,
tanpa rasa jemu kau mengajar kami,
tanpa alasan kau memimpin kami,
kaulah guru...

guru oh guru,
ilmu yang dicurahkan amat berharga untukku,
untuk kegunaan masa depanku,

guru oh guru,
terima kasih guru,
ku doakan kebahagian dan kesejahteraan semua guru-guruku..

SELAMAT HARI GURU..

created by:- Amar 5KE 2008
edited by :- Farish 5KE 2008

Thursday, May 13, 2010

lesen judi sukan diluluskan.. pa cita??

Nampaknya kerajaan semakin ketandusan idea bagi mencari sumber pendapatan negara. adakah selama ini tidak cukup dengan cukai2 yang telah disumbangkan oleh rakyat 1Malaysia? adakah selama ini benar negara 1Malaysia yang tercinta adalah sebuah negara Islam.? kita sering berbangga dengan status negara kita sebagai negara Islam.. tp lihat sekarang.. mengapa lesen judi boleh diluluskan lagi.. sekiranya sukar bagi kerajaan untuk memansuhkan terus lesen judi.. sekurang-kurangnya bendunglah.. hentikan pengeluaran lesen judi.. cukuplah setakat lesen2 judi yang telah dikeluarkan sekarang.. mengapa perlu nak keluarkan lagi lesen judi.. buktikanlah negara 1Malaysia yang tercinta ini adalah sebuah negara Islam.. saya seorang yang sayangkan Islam.. dan negara 1Malaysia.. untuk meningkatkan sumber pendapatan negara.. jalankan sepenuhnya sistem ekonomi Islam.. insyaallah.. negara kita akan lebih KAYA dari Jepun.. HARAMKAN terus judi.. saya risau dengan situasi sekarang.. budak2 sekolah pon dah pandai maen judi.. BUKTIKANLAH..!! BUKTIKANLAH..!! BUKTIKANLAH..!! kita sebuah negara ISLAM...!!!!!

Tuesday, April 27, 2010

ari ney aku hepi sgat..!!

setelah sekian lama.. akhirnya aku dah jmpa blek gan sahabat lama aku.. hanya tuhan sja tau mcam mna seronoknya aku ari ney... even aku juz jmpa dlam alam maya.. namun aku sdah ckop berpuas ati.. alhamdulillah.. terima kasih YA ALLAH....